Thursday, April 29, 2010

Apa tu???

Sapa tau benda apakah itew?yang ni bukan kontes...dan tiada hadiah disediakan kepada yang meneka dengan betul...... saja jer nak tanya...hik3

Arwah Achik spin dan Nana dalam Jangan Tidur Lagi

Rugiii......aku lupa nak tengok jangan tidur lagi...semasa hari arwah meninggal ada di tunjuk sedutan rancangan tidur lagi...jadi aku tertunggu-tunggu la nak tengok...tapi aku lupa la pulak....
kalau ada ulangan kan bagus

Wednesday, April 28, 2010

Jom Hit Kaunter

MASA TAMBAHAN - oleh kerana tiada siapa yang dapat hit nombor yang dikehendaki selepas masa dah timed...maka yuka dengan baik hatinya telah menambah masa kecederaan sehingga jam 7 pagi 28hb pril 2010...Selamat Mencuba...






Tengok nombor kaunter dalam gambar diatas...24500 kan? Barangsiapa yang dapat menangkap nombor 28282 sebelum jam 10 malam 27 hb April 2010 silalah emel bukti tangkapan ke sinar_julai@yahoo.com... kad prepaid bernilai 20 hengget menanti anda....

Tragedi di Pulau Langkawi

Semalam sebaik sahaja aku published entry tentang pulau Langkawi tu...berlaku kejadian yang tidak diingini....
Kereta viva yang kami sewa tu...yang belum pun sampai sebulan umornya telah terbalik ketika dipandu oleh suami aku... kejadian berlaku dalam kawasan parking hotel...masa tu aku masih dalam bilik...bila suami telefon bagitau kereta terbalik terus aku terbayangkan kereta yang baru itu...betapa sayangnya.... cepat2 aku turun bawah...keluar dari lift dah nampak keter tu...

Begitulah keadaannya kereta yang terbalik itu...


Gambar ini aku ambil dari dalam lobby...jadi kurang jelas objek yang terbalik itu


Inilah rupa kereta itu dari jarak dekat...nombor dia 4448...kalau org cina mmg takmau nombor 4 tu....


tangan suami aku yang cedera sebab kena kaca tingkap yang pecah...dia terpaksa memanjat untuk keluar dari kereta itu


Ketika mendapatkan rawatan di klinik...takut gak kot2 ada kaca dalam luka tersebut

Sebelum kejadian berangan gak nak beli kereta viva ..sebab senang bila ada kereta kecik macam tu...selepas kejadian tak jadi dah nak beli...sebab senang terbalik...mungkin sebab ringan kot...tapi apa2 pun memang berpunca dari kecuaian pemandu la...

Akibat dari kejadian itu tak dapat la nak round2 langkawi sebab kena buat report polis dan sebagainya...aku sangat simpati dengan tuan empunya kereta...kalau kereta lama tak la kesian sangat...ni baru...seatbelat pun masih berbalut plastik...walaupun kami terpaksa tanggung kos kerosakan tapi aku tau empunya kereta tetap terkilan la kan... tapi apa nak buat...bukannya disengajakan... sesiapun takmau terlibat dalam kemalangan macam tu... ini lah yang dikatakan takdir...dah 20 tahun drive kata suami aku first time jadi mcm tu...macam aku lain la..penah dah eksiden sampai terbalik kereta macam tu...syukur la umor aku masih panjang...kalau tidak takder la blog yuka-luv ni....

Tuesday, April 27, 2010

entry ringkas dari pulau langkawi

yuhuuu...yuka sekarang bersiaran dari pulau langkawi... yuka sampai sini ptg semalam...bukan untuk bercuti-cuti sangat...cuma menemani sang suami yang ada meeting kat sini...kitrang xder la round pulau pun... sampai kat jetty semalam kitorang sewa keter viva...puashati sebab keter tu baru...lom sampai sebulan... ni yuka nak cerita cemana yuka boleh on9 kat sini...ceritanya macam ni...pagi semalam masa nak bertolak dari rumah...bibik yuka tu yang angkatkan beg masuk kereta... pastu masa sampai di kuala perlis yuka tengok bukan saja beg baju yang dia masukkan ke kereta malah beg laptop vaio yuka pun dia masukkan sekali... masa tu yuka geram gak la...orang tak suruh pun dia masukkan laptop tu...geram gak aku masa tu...oleh kerana takut laptop tu hilang kalau ditinggalkan dalam kereta maka yuka terpaksala angkut laptop tu ke pulau langkawi...malas nak bawak laptop sebab kebanyakkan hotel tak bg tenet free kat dalam bilik....biasanya kene caj pastu mahal giler pulak tu...1 jam sampai 10 hengget... tapi munkin dah rezeki yuka rupa2nya hotel ni ada wifi...maka dapatla yuka bertenet dengan senang lenang sementara hubby pegi meeting...kalau tidak sure bosan gila... dalam situasi ni yuka kena timakasih dekat bibik tu sebab telah memasukkan laptop tu kedalam kereta...( kreatifkan bibik aku tu...)
SEkejap lagi aku dah nak balik...xder shopping2 apa pun...cuma nak beli cekelat untuk anak2 aku....
Oklah yang tu jer citer yuka...nak sambung blogwalking pulak....

Monday, April 26, 2010

Kerana Qellissa....

Hari Khamis lepas lebih kurang pukul 12.30 macam tu...aku sedang menyibukkan diri di ofis dengan BW disamping membalas kunjungan teman2/ adik2 kat blog aku tu...salah seorang yang meninggalkan jejak di shoutbox aku pada masa itu ialah qellissa .... tanpa membuang masa aku pun pergila membuat lawatan balas ke blog beliau...sesampai di sana aku tengok ada entry pasal dia pi makan kat secret recipe....mula tu aku takder la rasa apa2...tetapi sebaik sahaja sampai di gambar blackpepper chicken grilled yang dia tayang kat situ...secara tiba2 aku rasa mulut aku penuh dengan air liur yang entah dari mana datangnya dan tunggu masa untuk menitik tap..tap...
sesungguhnya gambar ayam itu sangat menggiurkan dan membangkitkan selera... aku cuba mengabaikan ayam itu tapi tak berjaya...akhirnya terpaksala aku tepon hb aku tu...ajak dia lunch dekat secret recipe...nasib baik la masa tu dia tak berada di luar kawasan...kalau tidak taktau la apa nak jadi dengan aku haritu... sebelum ni pun aku penah gak teringin tengok gambar makanan dlm blog orang tapi penangan tu tak la sehebat yang aku alami semasa di blog qellissa tu... Di secret recipe tu aku pun order la ayam tu manakala hb aku order thai fried rice... sementara menunggu order kami tu...tangan aku ni gatai2 dok selak2 menu tu...tetiba aku nampak la gambar blackforest cheesecake yang sangat seksi...sekali lagi air liur aku rasa macam nak menitik... maka terpaksa la aku order cheesecake tu jugak...tapi yang aku paling puas hati cheesecake yang aku order tu keseksian dia sama macam dalam gambar.... dipendekkan cerita semua yang aku order aku dapat makan dengan jayanya...sangat menghairankan....


Ini la rupa blackforest cheesecake yang buat aku gila bayang.... (gara2 gambar ini jugak hari jumaat tu kami sekeluarga kene pi secret recipe sekali lagi sebab anak aku ternampak gambar ni dalam hp...bila depa dapat tau aku dan ayah dia orang pegi situ terus nangis2...)

Sunday, April 25, 2010

Jelly Kelapa Yuka

Dah 3-4 hari aku teringin nak makan jelly kelapa... tapi aku nak makan yang home made...yang aku buat sendiri tak mau yang orang jual...
Hari Sabtu semalam hajat aku tu dah tertunai...pagi2 aku dah mula membuat jelly kelapa tu... aku guna 2 biji kelapa muda yang aku beli di tesko...pastu aku guna sebungkus agar2 swallow brand dan gula secukup rasa ...air pulak aku masuk kan 2 liter ( tidak termasuk air dari buah kelapa td)... Dengan ramuan tersebut aku dapat 25 container jelly...baru puas nak makan

Inilah hasilnya....tadaaaaa


Jelly kelapa segar...sedap ooo makan sejuk2

Saturday, April 24, 2010

Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor

Sapa la yang akan menang esok.....
Pesanan epada pengundi ..... Fikir dulu sebelum pangkah...

Thursday, April 22, 2010

Pengat Labu vs kerepek pisang

Hari Selasa haritu tetiba aku teringin nak makan pengat labu...kalau di utara ni orang panggil serawa labu... kalau kata pengat kat utara ni konfem la orang akan kata kita mengada-ngada... Pastu dah tekak teringin nak makan aku pun pergila tesco beli bahan2...aku beli labu merah dan gula kabung...tapi santan lupa pulak aku nak beli...so tak dapat la aku nak masak pengat labu tu...
Petang semalam masa balik keja, aku singgah kedai beli kelapa... konon2 nak suruh bibik buat pengat tu la untuk petang ni...tetiba malam tadi masa aku tengah tengok tv bibik aku bawa sebalang kerepek pisang siap bersira gula merah tu... pastu dia kata gula yang aku beli tu kurang sebab tu kerepek tu kurang bersalut....hadoi la bibik aku ni terlebih kreatif lak dia...aku beli gula tu nak buat pengat dia pi buat kerepek pisang pulak..nasib baik la sedap gak kerepek tu... aku pun belasah gak la kerepek tu sampai dekat suku balang...hik3

Wednesday, April 21, 2010

Resipi Popia...

Aku teringin nak buat popia basah..tapi tak reti nak buat kulit dia tu...inti dia aku rasa macam tau nak buat...pastu aku teringin nak buat popia goreng...kulit boleh beli jer tapi inti pulak aku tak reti nak buat...so sesiapa yang ada resipi nak buat kulit popia basah dan inti popia goreng tolong la share dengan aku...
aku dah cari resipi inti popia goreng di tenet tapi yang ada tu macam tak best jer...

Tuesday, April 20, 2010

Artis berpakaian seksi...saper yang salah?

Kebelakangan ini timbul cerita artis2 wanita berbaju seksi. ada yang seksi semasa majlis anugerah dan ada gak yang seksi semasa majlis perkahwinan...tapi yang aku tak syok tu bila dikutuk ditegur oleh wartawan dan peminat mereka menyalahkan orang lain dalam hal seksi-meksi tu... yang menjadi mangsa sapa lagi? dah tentulah pereka fesyen baju tu...boleh pulak bagi alasan yang tak cerdik macam tu dekat peminat2 yang pandai2 belaka ni. Alasan yang klise konon2 last minute baru tengok baju tu sexy so tak sempat nak buat apa2 dah...come on la jangan la tipu orang macam tu...nak pakai seksi pakai jer la tapi jangan nak salahkan orang lain...jawab jer macam si anak pontianak tu dia kata macam ni...'saya memang suka pakai seksi' kan senang? macam majlis anugerah abpbh tu...rasa2nya berbulan lagi majlis tu nak diadakan dah sibuk artis2 kita dok berurusan dengan tailor...ops silap..apa kelas tailor kan... designer masing2...nak cari konsep itu ini...bila di tegur kata seksi mula bagi alasan macam2...yang sorang tu bagi alasan sepatutnyer baju tu labuh paras lutut...bila nak pakai untuk majlis tu tengok2 baju tu dah singkat dah jadi paras paha ...so kene pakai jugak la sebab baju tu di sponsor...aku musykil gak designer mana tu yang mangkuk hayun sampai nak ukur baju pun x reti...baik lagi tukang jahit aku yang nama kakteh tu ukur baju ok jer...tak penah kain baju kurung aku jadi pendek sampai ke betis....kalau tidak tak pasai2 jer aku kene pakai baju kain pendek...pastu kalau orang tanya kenapa pakai baju pendek kenala aku jawab tukang jahit silap buat...huhuhu

1 lagi kes tu pasal baju pengantin seksi...salah designer tu la...buat baju seksi2...pastu designer tu salahkan bunga2 yang berat 50kg tu sebab tu baju melurut kebawah...kalau dah profesional sangat takkan sebelum buat baju tu tak terfikir
benda2 macam tu?

aku pun taktau nak kata apa dah dengan sikap dan pemikiran artis2 kita ni...bila wardina kata tak boleh dijadikan ikon semua melenting...ada yang kata wardina perasan bagus...bagi aku dia memang bagus...dulu dia pun sama gak macam artis lain..penah jugak seksi2 pastu bila dia berubah terus tak berpaling kebelakang lagi...tak macam sesetengah artis kita...masa kawen pakai tudung...bila dah bercerai terus buka tudung...ada jugak yang masa tak laku untuk berlakon drama pakai tudung...bila dah laku buka tudung...

ishh teremosional pulak aku harini....sebenarnya bukan apa...aku geram dekat tenet kat ofis aku yang sengal2 ni...nak buat keje pun x boleh sebab x boleh nak bukak emel...

akhirkata pesanan untuk artis2 wanita malaysia ( macam la depa baca blog aku nih...hik3) lain kali fikir habis2 sebelum nak bagi apa2 alasan...jangan nanti jawapan anda memperbodohkan diri sendiri...

Monday, April 19, 2010

Kris Dayanti 'bercerai' lagi...

Dalam pancaindera semalam di muka depan ada gambar kris dayanti tengah nangis... khabarnya dia telah bercerai sebelum sempat berkahwin dengan kekasih hatinya tu...senang cakap dia ni putus cinta...
memang tak cun langsung gambar tu...tak macam gambar2 dia yang kita biasa tengok...aku simpati gak dengan KD ni...sebab dia dah jadi mangsa cinta...sanggup tinggalkan suami dan anak2...akhirnya cinta tak kesampaian...mungkin peribahasa ' yang di kejar tak dpt, yang dikendong berciciran' sesuai untuk menggambakan situasi ini...semoga kisah ini menjadi pelajaran dan pengajaran kepada kita semua....

Wednesday, April 14, 2010

Pengumuman

Sukacita diumumkan referer terbanyak bagi kontes ole-ole Jakarta ialah Puan zai kulim...tahniah diucapkan kepada zai kulim diatas kemenangan itu...seperti pemenang tempat ke-3 , referer akan menerima sehelai t-shirt, key chain dan fridge magnet..

nota tambahan : zai kulim, sori yer lambat buat pengumuman
Hadiah kepada semua pemenang akan cuba diposkan secepat mungkin

Tuesday, April 13, 2010

Redmummy di Harian Metro

Tengahari tadi aku baca harian metro nampak la gambar redmummy kat depan tu...rasa bangga pulak sebab orang yang aku kenal ( walaupun dia tak kenal aku) ada story kat dalam paper tu...cepat2 aku selak kat bahagian dalam...redmummy citer tentang penulisan blog dan pendapatan yang dia terima hasil dari tulis blog...teruja aku baca...katanya income pertama dia dpt dari nuffnang 90 hengget jer tapi sekarang dah beribu-ribu...wah bestnyer mokcik kayo...tp betul la apa yang orang kata, bukan senang nak senang...nak masuk ribu2 tu banyak masa kena dihabiskan depan komputer...lepas tu restu dan sokongan moral suami pun perlu jugak...nampak gayanya x dapat la aku nak merasa macam tu sebabnya masa aku depan komputer sgt terhad pastu hubby tu pulak kadang ok kadang dia bising2 bila aku ngadap laptop jer...dah tu cemana? walau apa pun syukur la dengan apa yang aku dapat dari nuffnang tu...

Suami...isteri...asid

Ingat tak minggu lepas ada masuk newspaper pasal isteri yang telah disimbah asid kerana enggan melayan suaminya tu? Semalam suami tersebut telah dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara dan 2 kali sebatan...adakah ianya setimpal? Aku rasa sepatutnya orang macam tu patut menerima hukuman disimbah asid sebagaimana dia buat kat orang...aku sangat geram dengan kes macam tu...bukan salah besar sangat pun isteri dia tu sehingga terpaksa menanggung sengsara demikian...tgn kita terpercik minyak panas keika goreng kepok lekor pun dah rasa sakit giler inikan pulak kena asid...adussss x dapat aku bayangkan kepedihan dan kesakitan itu... itu sakit luaran...tapi hati didalam lagi pedih sebab suami sendiri tergamak buat macam tu...

Monday, April 12, 2010

Kerabat Palsu

Sehari 2 ni heboh pasal pelajar cemerlang menyamar jadi kerabat raja... macam kelakar la pulak menyamar jadi kerabat pastu semua orang termasuk yang berpangkat besor tipah tertiputerpedaya...siap boleh melawat PLKN...pastu siap bagi sumbangan lagi...aku pun taktaula apa motif mamat tu... dulu doktor gigi palsu sekarang kerabat raja palsu lepas ni taktau la apa pulak yang palsu...

Thursday, April 8, 2010

Breast Pad 'segera'

Kali ini aku nak berkongsi apa yang patut anda lakukan apabila kehabisan stok breast pad ...tapi sebelum tu nak kena tanya dulu...korang tau ker fungsi breastpad ni?....tips ini untuk orang2 pompuan yang dah kawen yer adik2...kalau adik2 yang belum kawen tu boleh baca gak tip ni sebagai persediaan pada masa depan...
Breastpad ni digunakan oleh ibu2 yang baru dapat baby dan breastfeed baby tu...fungsinya takmau bagi basah baju disebabkan susu yang keluar tu....kalau dirumah takper la kan...tapi kalau pegi jalan2 mesti la tak elok kan kalau orang nampak kesan basah mcm tu....

Breastpad ni ada 2 jenis...1 yang washable dan 1 lagi yang disposeable...masing2 ada kelebihan dan kekurangan sendiri...yang washable ni mmg mahal sikit tapi boleh pakai berkali-kali selagi tak hilang......yg disposable tu pulak murah sikit tapi kene beli selalu...

Tahukah anda bahawa panty liner boleh dijadikan breastpad pada masa kecemasan? ( ni bukan lawak ni...tapi betul2...kang ada pulak yang gelak guling2 nih)...tapi jangan la beli panty liner yang ada haruman tu..beli yang biasa2 jer... caranya potong 2 panty liner tu dan pakai seperti memakai breastpad biasa... selain dapat digunakan sewaktu kehabisan stok breastpad sebenar..ianya boleh diguna berterusan kerana harganya yang jauh lebih murah dari breastpad tu... tambah2 la kalau beli pantyliner cap tesko tu...20 keping tak sampai 2 hengget...sedangkan breast pad tu 20 pasang dah berbelas-belas hengget..jadi sangat jimat kan? selamat mencuba....
Tips ini dibawa khas oleh yuka-luv...

Wednesday, April 7, 2010

e-filling @ LHDN

Korang dah setel ker hal income tax? aku baru jer selesai buat e-filing sekejap tadi... jenuh ejas sana-sini sebab xmo bagi kene taxt...tapi kene gak...ingatkan tak kene la tahun ni sebab aku dah buat potongan zakat..rupanya kene jugak...sebagai rakyat yang bertanggungjawab aku kene la akur kan... so korang yang belum buat sebab terlupa atau sengaja buat2 lupa baik buat sekarang...kang kene denda lagi naya...

Monday, April 5, 2010

kerana ABPBH

Nasb baik aku tengok ABPBH mlm tadi....kalau tak kerana ABP aku taktau pun ada tempat nama melbourne kat USA...ingatkan ada kat astolia jer....ingatkan scha sila cakap rupa2nya aku yang taktau...hik3...kesian aku kan?

Tip Elak Pembaziran... fikir dulu sebelum buang

salam sejahtera semua.....untuk entry kali ini aku nak bg tip untuk mengelak pembaziran makanan...korang penah tak masak nasik lemak? tip ni berkaitan dengan nasik lemak...nasik lemak yang dimasak sendiri jer...kalau yg beli sebungkus 6 posen tu tak boleh pakai....tip dia macam ni...penah tak nasik kemak yang korang masak tu terlebih? yang jadi berlebihan ni banyak sebab la kan...munkin orang yang nak mkn 2-3 org jer tapi u olls masak 1 periuk rice cooker yang medium tu... atau pun mungkin jugak lebihan itu berlaku sebab u olls masak x sedap...jadi kurang la dapat sambutan kan...hik3..... selalunya kalau lebih2 macam tu apa yang korang buat? kalau kat kampung boleh bagi kat cikyam....tp kalau dibandar ni alamatnyer masuk mulut ciktong je la....kan membazir tu...
Sebenarnyer nasik tu boleh dikitar semula ( mcm tak berapa best word ni, tapi aku taktau dah gantinama lain yang sesuai so belasah la guna jugak)...nasik lemak td boleh dijadikan hidangan tengahari tapi dalam bentuk yang berbeza...caranya mudah jer...masukkan nasik td kedalam periuk ( jgn ambil yang kerak2 tu) , kemudian masukkan air byk2, masuk kan serai, masukkan daging/udang/ayam ( ikutsuka hati u olls la kan) masukkan lada hitam sikit dan masak atas api...masukkan garam jika perlu....masak sehingga nasik pecah2....tadaa...dah siap bubur lambuk recycle... (nota: nasik lemak tu kan dah siap bersantan so takyah la masukkan santan lg)...nak bagi lebih menyelerakan, semasa nak makan tu taburkan daun bawang dan bawang goreng...wah betol2 hor liau!

Sunday, April 4, 2010

Hadiah Cabutan Bertuah....

Salam semua...terlebih dahulu aku nak mintak mahap sebab lambat nak tunjukkan hadiah yang bakal dimenangi oleh korang....sebab sejak 2 menjak ni byk sikit kat ofis....
Sebagaimana dijanjikan kat sini aku dah letak gambar2 hadiah bagi 3 cabutan bertuah dan seorang referer....awal2 lagi aku nak mintak mahap lg sekali andainya hadiah yang disediakan tak mencapai tahap piawaian korang seperti yang diharapkan....hanya ini yang aku mampu berikan...mana tau kalau ada rezeki lebih pada masa akan datang, aku akan buat kontes lagi dengan hadiah yang lebih gempak....

Jom kita tengok hadiahnya:



Peserta yang namanya dicabut terlebih dahulu di kira tempat pertama....


Tempat pertama akan menerima sepasang telekung berbunga-bunga kaler pink.....
( kenapa aku pilih hadiah ni? sebabnya sebelum bertolak ke Jakarta, aku tengok semua peserta yang dah join pompuan belaka...jadi hadiah ni sangatla sesuai...tapi bila dah balik dari sana baru la ada peserta lelaki...tapi aku rasa itu tidak menjadi masalah...sebab kalau yang lelaki dapat boleh hadiahkan dekat makwe mak....atau pun boleh gak bagi dekat kawan2 blog yang pompuan...sebagai contoh...mario dia masuk kontes ni atas paksaan pink...apa kata kalau dia dpt telekung ni dia hadiahkan dekat pink...tak ke sweet gitu...)



Hadiah kedua merupakan kain batik lukis halus buatan jawa...memang halus dan lembut..

(reason aku pilih kain ni sama gak macam sebab kat atas....lagipun indonesia kan sinonim dengan kain batik....)


Hadiah tempat ketiga merupakan sehelai t-shirt 100% cotton...

( hadiah ni sesuai untuk semua jantina)

Hadiah untuk referer sama dengan tempat ke 3


Disamping itu semua pemenang akan menerima fridge magnet dan keychain sebagai hadiah iringan.....

Aku harap korang berpuas hati dengan hadiah yang ditawarkan....

Bagi yang berminat dengan hadiah2 tersebut tapi belum hantar penyertaan, peluang masih terbuka.....

update peserta yang layak masuk cabutan bertuah

Sebelum aku menyenaraikan senarai nama peserta yang layak untuk cabutan bertuah, terlebih dulu aku mintak maaf diatas kelewatan ini...sepatutnya aku update benda ni sebaik sahaja pulang dari Indonesia..begitu juga dgn gambar2 hadiah yang belum lagi aku tayang kat sini...ini ada kerana 2 hari selepas balik dari Indon aku telah ke KL untuk menziarah sedara yang sakit...(demam denggi sehingga dimasukkan ke ICU)

Untuk tidak melengahkan masa jom kita tengok siapakah gerangan yang telah menyertai kontes/cabutan bertuah ni ( aku sendiri pun kompius la nak panggil ni kontes ke apa)...senarai ini ikut sapa submit dulu dia dok atas....

2. Pink
5. idah
11. queen
15. Iza
16. adda
17. Nida
18. nadia
19. nia
21. monica
23. juniza
24. anin
28. ogy
30. ANie
31. MaMa
37. Mario
38. meeya
39. sarah
40. nisa
41. D'aNie
44. yana
45. Sofiah
49. zures
50. syuq
52. bunga
57.Asya
59.oYa
63.razi
64.nina
67.nana
68.zhet

catitan :
1. Adya A- sila letakkan link lagi sekali kerana yang ada sekarang x boleh buka
2. selepas ni yuka akan update senarai referer pulak.

Pemenang Cabutan Bertuah...ole-ole Jakarta Yuka-Luv

video

Oleh kerana ramai yang dah tak sabar-sabar nak tahu pemenang cabutan bertuah, maka hari ini yuka cari jugak masa nak buat cabutan...pukol 5 pagi dah bangun untuk potong2 kertas dan tulis nama peserta ...yuka sendiri sebenarnya berdebar jugak nak tau sapa pemenang yang bertuah itu...
Upacara gilang gemilang itu dilakukan oleh 2 0rang anak dara aku...rupa2nya depa pun ada calon feveret sendiri...walaubagaimanpun calon feveret diorang kurang bertuah....

Sekarang diumumkan pemenang cabutan bertuah ole-ole jakarta yuka-luv...

tempat pertama .......dimenangi oleh dyahaha
tempat kedua............dimenangi oleh mrs.ecam
tempat ketiga............dimenangi oleh ckynhashim

Terimakasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam cabutan bertuah ini...Tahniah diucapkan kepada pemenang...kepada pengalah jangan putus asa...cuba lagi dimasa hadapan...

Thursday, April 1, 2010

Pengumuman

Pengumuman kepada semua peserta cabutan bertuah (termasuk yang nama belum update dalam senarai) pemenang akan diumumkan beberapa hari lagi ( bg saspen sikit...ahaks )...penganjur mintak mahap sebab x dapat nak umumkan lebih awal kerana penganjur akan ke trengganu pada ptg ini dan akan kembali bersiaran pada hari ahad...tq

April Fool Girl...


Hari ini 1 april 2010 genapla umor anak dara aku 12 tahun...dia sudah layak mempunyai kad pengenalan...dah 2 orang anak aku ada ic....ini menunjukkan betapa tua seniornya aku... Tahun ni anak dara aku tu akan ambik upsr...risau aku...harap2 anak aku akan berjaya dengan cemerlang....masa dia kecik-kecik dulu bila aku tanya cita2 dia, katanya nak jadi doktor...tapi bila dia dah bersekolah dan mula merasa susah-payah dan suka duka belajar, dia kata macam ni kat aku " kalau nayli tak dapat jadi doktor tapi nayli kawen dgn doktor jer boleh tak? hahahahaampeh.....
sempena hari ulangtahun anak aku yang ke 12...aku mendoakan agar kejayaan sentiasa mengiringinya...semoga dia akan membesar menjadi anak yang solleh...