Wednesday, March 31, 2010

Achtung....Panggilan terakhir....

Perhatian kepada semua pengunjung blog yuka-luv...kontes ole-ole Jakarta akan tamat dalam tempoh kurang dari 12 jam...yang belum submit penyertaan sila submit dengan segera sekiranya berminat....

Pesanan dari penganjur : Biar menyesal masuk jangan menyesal tak masuk.....

Tuesday, March 30, 2010

Demam Denggi dan Ketam

Salam semua...dalam entry yang ringkas ni aku nak kongsi maklumat tentang kaitan demam denggi dengan ketam. selama ini denggi dikaitkan dengan nyamok aedes...sehingga ada ungkapan 'tiada aedes tiada denggi'. kita semua tau yang aedes ni penyebab denggi, tapi tak ramai yang tau bahawa ketam adalah penawar bagi demam denggi... Aku sendiri baru tahu tentang perkara ini apabila abg ipar aku kena demam denggi...demam di tahap kritikal sehingga masuk ICU 3-4 hari...setelah diberi sup ketam (dengan izin Allah) demam tersebut sembuh dengan cepat... jadi kalau ada kawan2/jiran/sedara mara yang dihidapi demam denggi...bagi mereka mkn sup ketam

nota tambahan: selain ketam , air 100plus pun salah satu penawar denggi...cuma air tu kandungan gula tinggi jadi tak berapa bagus kalau penghidap denggi ada diabetis...

Sunday, March 28, 2010

Sakitnya hati!!!

Sakitnya hati dengan lappy aku ni....ada ker patut kol 12 mlm jer dia mula buat hal...kalau sebelum tu aku boleh BW sesambil klik apa yang patut... tetapi sebaik saja kol 12 dan ciknab tgh meriah dia mula buat hal...kalau aku BW time tu aku tak boleh npk iklan...word ciknab tu pun aku tak boleh npk... dah 2 malam perkara ni terjadi...malam yg pertama tu aku tak perasan apa yang berlaku tapi aku hairan kenapa orang lain sibukla klik yang tu klik yang ni..tapi aku x nampak apa2...

lepas tu baru aku terperasan yang word ciknab pun xder kat situ...bila aku try buka blog di laptop lain ok jer pulak...tapi yang jadi masalah pada masa tu ebiboy taknak tukar laptop dengan aku ....sampai nangis2...munkin dia nak balas dendam kot...sebab biasanya dia nak guna laptop aku, aku tak kasi...aku cakap nanti rosak...malam tu bila aku ajak tukar laptop dengan dia, dia bagi alasan macam ni "tak boleh nanti laptop rosak, mummy marah" (dengan bahasa baby dia yang masih pelat2 tu la)...macam la mummy tu orang lain....walaupun tengah geram tapi aku nak tergelak gak dengan telatah ebiboy tu....

Malam tadi perkara yang sama berlaku...tapi nasib baik mood ebiboy ok jer...aku ajak tukar laptop dia mau la pulak... so bolehla aku BW dengan sambil klik2...tapi tak bertahan lama....tak sampai 20 minit dia nak tukar balik...memang kacau daun betol....bila aku tak bagi, dia duduk sebelah aku pulak tengok aku klik2 tu...tetiba kuar la mr.p....aku cukup risau kalau kuar mr.p time ada ebiboy...sebabnya dia suka iklan tu...jd dia nak tgk yg tu jer tak bagi aku buka yg lain...abis kena replay lg dan lagi dan lagi dan lagi....hadoiiii...sabor je la

Harap2 malam ini perkara tersebut tidak berulang....

Tuesday, March 23, 2010

Tag lagi...kali ini dari adah

Dalam kesibukan berblog walking tetiba aku telah di tag oleh adah ...mula tu macam nak buat tak nampak yang aku ni kena tag...tp bila adah tu mengklafikasikan aku sbg teman blogger yang sporting maka aku pun buat la jugak tag ni...tq yer adah dalam ribuan teman blog nama yuka antara yang terpilih untuk di tag.

1) Siapakah diri anda di rumah ?
Saya seorang Isteri
mithali , seorang mummy yg penyayang, sporting dan tukang masak yang tak bagus....ops lupa nak nak bgtau aku juga merupakan seorang majikan yang baik...buktinya, aku tak pernah pun dera bibik aku tu....

2) Siapakah diri anda di samping rakan ?
Seorang kawan yang peramah, boleh dipercayai untuk simpan rahsia, seorang kawan yang baik, lemak berkrim dan disukai ramai...( statement tak boleh belah)

3) 5 benda yang anda idamkan tetapi belum tercapai.
--> Nak ada 1 juta dalam akaun bank

--> Nak pakej Kereta + driver ..kalau ada body guard sekali lagi best...ahaks

--> laptop apple....

--> Nak beg LV yang original...xmau la yang beli kat bandung ke apa tu

--> Nak makan angin ke tempat2 menarik didunia

lorr...dah cukup 5....apesal mintak 5 jer...byk lg dalam senarai ni...len kali suruh la senarai 50 benda/perkara baru best


4) Siapakah nama pasangan anda ?
fadzli

5) Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
1. talk with confident ...benda yg tak betoi pun rasa mcm betoi je bila dengar dia berhujah
2. do things with confident... yang ni memang akusuka la...
3. sangat optimis...
4.bertanggungjawab
5. berani ambil risiko

6) Bila tarikh anda couple ?
lama dah...mana nak ingat

7) Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda ?
yang ni pun tak ingat gak


8) Lagu tema cinta anda.
lagu negaraku...boleh?

9) Apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda ?
kalau dia slim sikit mcm mula2 kenal dulu best gak....

10) Tag 10 rakan anda yang lain....mak aiii ramainyer...

-->cikmin (kwn blogger paling rapat, kawan travelling dgn airasia...dan tulang belakang blog aku ni )
--> ungu_violet ( dia ni kawan cyber aku yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog...dia kata syok gak bila orang tag,,,jadi aku tag la dia tanpa was-was...)

-->Pink ( yang ni pun kawan cyber tapi dia ni masih muda remaja...aku tag dia sebab kami ada beberapa persamaan...contohnya kami sama2 minat beli kasut...pastu kami sama2 dpt buffered 2-3 hari lepas...tapi sebab paling utama aku tag dia ialah, sebelum ni dia penah tag aku...so yang ni kira kes ada ubi ada batas la....hik3)

-->kak yang (aku tag dia sebab dia penah cuba resipi yang aku letak kat blog....)


--> mimi ( ni pun kawan blogger gak...)

Lagi 4 aku taktau dah nak tag sapa...

Thursday, March 18, 2010

Yo ha...yuka dah balik...

Salam semua...dah 2 hari yuka balik dari Indon tetapi baru harini dapat menjengah blog ini... tapi geram betul la dengan tenet ni...suka sangkut2...memudarkan semangat aku nak BW...korang nak tau tak masa kat indon tu aku rindu teramat dengan blog aku nih. pastu rindu nak BW...rindu nak klik2...pastu teringat dengan kontes aku tu risau takut tak mendapat sambutan. Nasib baik ada blog engineer aku tu...dapat gak aku tau sedikit sebanyak tentang perkembangan kontes tu...

Bila tengok di komen entri kontes tu aku rasa seronok sangat sebab sambutan yang diterima amat menggalakkan...namun aku belum sempat tengok semuanya lagi...terima kasih kepada yang telah menyertai cabutan bertuah ni...bagi yang belum, peluang masih terbuka...nanti aku akan update senarai peserta dan aku akan tayangkan hadiah yang bakal diberi...

Wednesday, March 10, 2010

Ole-ole dari Jakarta Oleh Yuka-Luv


Salam semua....sempena program jalan-jalan cari makan yuka ke Jakarta/Bandung pada 12-16 Mac 2010 ini, yuka berhasrat untuk membeli cenderamata untuk diberikan kepada pengunjung blog yuka-luv ni...namun demikian tak dapat la yuka nak bagi kepada semua....( biasalakan masalah bajet pastu masalah nak bawak banyak2)..untuk berlaku adil...pemberian akan dibuat melalui cabutan bertuah...
Hadiah untuk pemenang cabutan bertuah ini tak dapat la nak ditunjuk buat masa ini...(sebab baru nak pi cari kat Jakarta/Bandung nanti )

Sebanyak 3 hadiah akan disediakan untuk pemenang dan 1 hadiah untuk referer tertinggi..

Sangat mudah untuk menyertai cabutan bertuah ini...tiada slogan diperlukan...bukti pembelian juga tidak diperlukan...( macam cabutan di supermarket daa...)

Untuk melayakkan nama anda dimasukkan dalam senarai cabutan bertuah, anda hanya perlu buat perkara-perkara berikut:

1. Buat 1 entry mengenai cabutan bertuah ini dengan menggunakan tajuk Ole-ole dari Jakarta oleh Yuka-Luv. Entry itu mesti dibuat sticky mode sehingga tarikh tutup peraduan ini.

2. Sila maklumkan entry yang telah siap dibuat kepada yuka dengan meninggalkan link anda diruangan komen di entry ini...

3. Sila nyatakan referer anda bagi cabutan bertuah ini.

4. Tarikh tutup Cabutan bertuah ini ialah pada 31hb Mac 2010 pukul 11.59pm

5. Cabutan akan dibuat secara telus dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

6. Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia ( bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara pun boleh menyertai cabutan bertuah ini...tetapi hadiah akan diposkan kepada waris2 atau kawan anda di Malaysia )

Senangkan nak menang hadiah...jadi apa tunggu lagi...


Cara-cara membuat Sticky Entry


1.Selepas buat entry tentang ‘Ole-Ole dari Jakarta oleh Yuka-Luv‘ sila PUBLISH seperti biasa.
2.Pergi ke DASHBORD —>>EDIT POST—>>klik entry yang kita nak sticky kan(macam entry kat atas ni)
3.Klik POST OPTION–>>tukar POST DATE AND TIME (mcm kes ni tukar date ke 31 Mac je la)
4.Dan Klik PUBLISH POST (taraaaa..lihat la hasilnya nanti)
5.Opssss! jangan lupa tulis la dekat entry bahagian atas tu, ayat lebih kurang macam ni ye INI ENTRY STICKY MODE,SILA SKROLL KEBAWAH UNTUK ENTRY TERBARU.
Okey semua! sekarang dah paham tak macammana nak buat Sticky Entry atau Entry Melekat.Diharap  dapat bantu korang semua.Sekian.


Monday, March 8, 2010

Rahsia No.9

Penah tak korang dengar mengenai rahsia no.9? Mungkin bijak pandai matematik dah sedia maklum mengenai rahsia no.9... aku bukan bijak pandai ilmu hisab ni...makanya aku pun baru tau tentang rahsia ini...Rahsia ini telah di dedahkan oleh mantan boss aku yang sukakan fakta yang berkaitan angka...selain dari no.9 dia juga mendedahkan rahsia no.5..yang tu aku dah tak ingat...dia juga memberi teknik cepat untuk mengetahui hari sesuatu tarikh...(contohnya: hari ini 8/3/2010 dia boleh jawab dengan cepat kalau ditanya 26/3/2010 hari apa)...teknik tu pun aku dah tak ingat...melayu mudah lupa

Ok berbalik kepada Rahsia no.9 tadi...boss aku kata rahsia no.9 ialah setiap nombor yang di darabkan dengan 9 akan memberi jawapan 9 bila dicampur....boleh faham tak?

Ok meh aku bagi contoh yang mudah:

3 x 9 = 27.........2+7 = 9
9 x 9 = 81.........8+1 = 9
6 x 9 = 54.........5+4 = 9

meh kita guna nombor yang lebih besar

217 x 9 = 1953.....1+9+5+3 = 18....1+8 = 9

637 x 9 = 5733.....5+7+3+3 = 18....1+8 = 9

Kalau nak cuba nombor yang lebih besar boleh la try test buat lepas ni....

Itulah sahaja rahsia yang yuka cuba berkongsi pada hari ini....


Sunday, March 7, 2010

Lagi Kisah hp....GRRRRRRR

Harini sekali lagi aku nak cerita pasal henpon...tapi kali ni aku geram dekat diri sendiri...
kan haritu aku bgtau masalah henpon aku yang takleh antar dan terima msg tu...disamping tak boleh register call... mula2 tu aku rasa xper la kalau x masuk msg pun...pastukan tiba2 aku teringat yang aku akan berterbangan dgn air asia tak lama lagi...maka sms sgt penting bagi aku pada waktu ini...manala tau kalau2 ada perubahan waktu penerbangan...airasia akan sms jer kalau ada apa2 perubahan...memikirkan itu aku telah mengambil langkah bijak dengan menukar henpon dengan anak aku...bila tukar je henpon ada la 2-3 msg masuk...tapi xder yang dari airasia...which is very good la kan...
Tetapi...yang tak bagusnya pagi tadi aku datang ofis tapi aku bawak henpon aku...sepatutnya aku kena bawak henpon anak aku la kan....hadoii...ni yang buat aku geram dekat diri sendiri....geram dekat henpon boleh la beli baru...kalau geram kat diri sendiri nak buat cemana ek?

p/s: ader gak hikmah bila tak bawak henpon ni...

Wednesday, March 3, 2010

Geram...geram..geram...

Aku tengah geram sekarang ni..tapi bukan geram dengan orang...aku geram dengan henfon aku tu....suka buat perangai...haritu dah buat hal sekali...pastu dalam aku dok pikir2 nak beli henpon baru dia ok balik dengan sendirinya....laa ni dia buat hal lagi...henpon aku tu separuh rosak jer...aku boleh buat call/terima call/ dan ambik gambar macam biasa...tp x boleh nak antar dan terima sms......tension tau sebab aku boleh nampak jer sampul surat dok kelip2 kat skrin tu x leh nak masuk..... entah saper la punya msg tu....bila check memory henpon tu banyak lagi ruangan kosong....1 lagi aku tak boleh nak check missed call atau pun nombor yang call aku atau pun yang aku call...haiya....manyak susah lor...
So pesanan aku kepada blogger yang nak buat kontes...grand prize bagi la henpon... boleh la aku masuk....

Tuesday, March 2, 2010

Rahsia Di Sebalik Baju....

Hehehhe...bukan lah rahsia yang sensasi sangat...tapi aku nak cerita 1 rahsia disebalik baju yang ebiboy pakai tu....

Cerita dia macam ni...malam tadi kan...lebih kurang pukul 11 mcm tu...masa tengah siap2 nak tido....ebiboy nak kencing...so lepas dia dah selesaikan hajat dia tu aku pun basuh la kan...entah cemana terbasah sikit baju yang dia pakai....pastu terpaksa la buka baju dia tu...aku tau mesti dia nak pakai baju lain...sebab dia mana penah tak pakai baju dirumah selain ketika mandi jer...tapi aku buat2 tak faham jerla... ( sebabnyer aku malas dan takutnak turun bawah ambik baju dia....makanya aku terus suruh dia tido...cepat2 aku selimutkan badan dia...pastu dia takmau tido dia kata nak pakai baju jugak...hadoiii...disiplin sungguh budak ni...aku kata kat dia takyah la pakai baju selimut jer..pastu dia jawab balik...nak jugak!nak jugak!...then timbul 1 idea yang bernas dan briliant dari kepala hotak aku ni....aku kata mcm ni kat dia....
" baby kat bawah tu gelap ada hantu...mummy takut nak turun...baby pakai baju mummy yea? "
dengan berat hati ebiboy menjawab balik " ok la..."...hehhehe nasib engkau la ebiboy dapat mummy macam ni...hik3
Pagi tadi masa aku bangun tengok dia tido dengan pakai baju macam tu nampak kiut dan kelakar pulak...sebab tu aku ambik pic ni....

Laporan masakan dari KakYang

Salam 1 Malaysia semua....
Ingat tak haritu aku ada berkongsi resipi buat piza comel tu?..aku tunggu la jugak laporan masakan dari korang semua...tapi xder pun..tetiba kakyang bgatau dia dah try resipi itu dan mintak aku tengok jadi ke idak dia buat...aku pun pi la skodeng kat blog dia tu...tenyata dia telah membuat dengan jayanya...yang aku terharu tu ayah kakyang pun suka piza tu...siap request suruh buat lagi...tapi paling aku terharu kakyang puji aku mcm2 kat situ...ahaks...kalau nak tengok hasil kerja kakyang jom pi kat SINI


Monday, March 1, 2010

tag dari cik PINK

Pagi td tengok di shoutbox tiba2 ternampak msg dr PINK dia kata aku dah kena tag...dah berbulan-bulan aku tak kene tag ni..dulu ada la 1 blogger tu selalu tag aku...tapi sekarang ni tak dah...agaknya sebab dia merajuk kot sebab byk tag2 dia aku hutang dulu pastu last2 langsung tak berjawab...hehhehe...sori na...( aku tau org tu tau saper yang aku maksudkan)
Ok berbalik kepada cerita TAG dari cik PINK tu...sebenarnya 1 penghargaan jugak la bila kita ditag...ini menunjukkan orang tu ingat kat kita...( perasan tak aku ni?)

sekarang ni aku nak try la jawab...

Ini la rupa bentuk soalan TAG tu:

☆ Makanan
Aku suka makan cokelat dan apa saja yang ada kaitan dgn cokelat - contoh: kek cokelat / cokelat cadbury / biskut cokelat ( no wonder la aku diet tp x slim2 pun )

☆ Bahan bacaan
Soalan ni tak nyata dgn jelas bahan bacaan ni yang aku suka baca atau perlu baca... oleh itu aku akan jawab dua2 sekali la...kalau untuk keja aku kena rujuk 2-3 jenis buku la kan...contohnya Buku Perintah AM, Arahan Perbendaharaan dan buku2 nota aku tu kalau nak peksa PTK ( yg ni semua aku tak berapa suka baca tapi terpaksa)....kalau bahan bacaan yang aku suka ialah bahan bacaan ringan2...macam novel, majalah wanita/jelita/keluarga...majalah hiburan pun aku suka gak...tapi aku tak beli sebab hb aku tak bagi dia kata malu kalau orang tgk aku beli UR*V semua tu...hehhehe... ( tapikan aku penah gak terbeli sekali sbb masa tu ada isu artis yg sgt sensasi tapi aku dah lupa la isu apa...aku tgk hb aku pun bantai baca gak....wakakakka)

☆ Rancangan TV
Aku ni kurang masa didepan TV....kalau ada masa pun aku tengok apa yang anak2 aku tengok...malas la nak berebut2 channel dgn anak2 tu kan...jd aku terpaksa layan cerita hikayat putera shazlan, naruto, doraemon...tapi kalau musim AF tu aku memang tengok la....

☆ Keperibadian
Aku nampak macam pemalu dan pendiam ( memang fakta pun ) tapi bila dah kenal dengan sesorang tu aku akan jadi peramah dan mesra alam orangnya...mudah bersimpati dengan orang...ada gak kawan2 aku kata aku ni seorang yang sangat lurus...1 lagi aku rasa aku ni seorang yang sangat lembut dan baik hati...ahaks ..( sila muntah hijau)

☆ Hobi
masa sekolah2 dulu hobi aku kumpul setem...dah tua2 macam ni apa barang nak kumpul setem lg kan....lagipun sekarang ni semua main emel2 jer mana nak dpt setem lagi dah...jadi hobi aku masa kini ialah lepak depan lappy...pastu blogwalking...layan FB...baca cerpen online...pastu layan kerenah birokrasi anak2 aku yang 4 orang tu...pastu hobi yg baru menular dalam diri aku ialah window shopping online...best tau window shopping on9 ni tak sakit kaki....hehhehe

☆ Impian/hajat di hati
Impian dan Hajat tu memang banyak...Hajat yang utama ialah aku nak anak2 aku semua berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat...impian lain lak yg ada unsur2 materialistik ...kalau boleh aku nak tukar HP, pastu nak pi tour europe, pastu nak beli jam rolex, pastu beli beg LV mcm ct tu...hehehe....pastu nak keter BMW...pastu impian yang paling best tu aku nak dok lepak2 jer kat rumah pastu sesekali pegi spa manja2kan diri...tp tiap2 bulan ada org bg duit kat aku 5-6 ribu....bestnya.....

☆ Tag lima yang lain

Dah siap pun Tag aku ni...so kalau yang kena tag tu..cuba2 la buat yea....

kecewa....

salam...entry ini aku buat khas untuk melahirkan rasa kecewa aku...sesungguhnya sekarang aku sedang berdukacita....jiwa merana dan hati lara...kerana apa? semuanya kerana aku telah menjadi pengalah dalam kontes yang dianjurkan oleh mr.superman...aku gagal mendapat apa2 hadiah sekali pun...namun demikian ada jugak perakara yang buatkan hatiku gumbira...dlm kontes yang disertai oleh 60++ peserta, aku telah tersenarai dalam top10...not bad la kan...
Kekalahan ini tidak membuatkan aku patah semangat...sebaliknya aku akan mencuba lagi dalam kontes2 yang akan datang...seperti kata pepatah bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor...lgpun mana taukan masa depan hadiah yang ditawarkan lebih karan...contohnya dpt hadiah hp ker...kan best...tambah2 la hp aku sekrang ni gh berpenyakit...